Sukan

Dion Cools angkat tabik

KAPTEN Harimau Malaya, Dion Cools mengangkat tabik memuji mentaliti rakan sepasukannya ketika mengecewakan pasukan tuan rumah dalam saingan Piala Raja Thailand di Chiang Mai pada Khamis.

Pemain berusia 26 tahun itu menyifatkan skuad Harimau Malaya memberikan aksi terbaik dengan semangat juang tinggi menentang pasukan hebat seperti Thailand.

“Pert3mpuran yang hebat. Kami berikan segala-galanya. Bersaing untuk setiap cabaran dengan lawan yang kuat,” ciap Cool di Twitternya.

Malaysia mara ke final selepas menewaskan pasukan tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 setelah keputusan perlawanan sebenar terikat 1-1.

Malaysia akan men3ntang Tajikistan dalam perlawanan akhir di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai pada Ahad.

Cools yang diberi kepercayaan oleh pengendali, Kim Pan-gon sebagai kapten menjalankan tugas dengan cukup baik mengawal benteng pertahanan bersama Matt Davies dan Khuzaimi Piee.

Trio itu bersama rakan sepasukan dengan Ahmad Syihan Hazmi bertindak sebagai benteng terakhir beraksi cemerlang berjaya menyekat asakan bertali arus pasukan lawan.

Dalam ciapan itu, Dions seakan teruja dan tidak sabar apabila mengajak rakan sepasukan memberikan aksi terbaik di pentas final pada Ahad.

sumber:- SH

“Ayuh kita akhiri Ahad ini (nikmati kejayaan),” ujarnya.