Sukan

Ada special kat situ — Nazmi

TONGGAK Harimau Malaya, Dion Cools menyifatkan pemilihannya antara tiga kapten pasukan bagi mengharungi saingan Piala Raja Thai ke-48 (48th King’s Cup) di Chiang Mai, Thailand satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.

Menurut Cools, pemilihannya itu mungkin disebabkan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu memanfaatkan segala pengalaman yang dimilikinya ketika beraksi di Eropah.

“Kami sudah memahami corak permainan antara satu sama lain dan mahu bermain bersama-sama sebagai satu pasukan.

“Secara keseluruhanya, saya gembira apabila dapat kembali beraksi di posisi sebenar (pertahanan), iaitu posisi di mana saya sering membantu pasukan saya ketika beraksi di Eropah,” katanya pada Rabu.

Untuk rekod, Cools merupakan salah seorang pemain yang dipilih selaku kapten selain Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad bagi mengharungi kejohanan jemputan berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Chiang Mai, mulai 22 hingga 25 September ini.

Skuad negara dijadualkan berdepan tuan rumah Thailand pada Khamis sebelum berdepan sama ada Trinidad & Tobago atau Tajikistan pada Ahad, bergantung kepada keputusan dengan Thailand.

Sementara itu, pemain tengah skuad Harimau Malaya, Nazmi Faiz Mansor berazam untuk beraksi dalam kesebelasan utama berdepan Thailand, pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan berhubung perkara berkenaan terletak sepenuhnya kepada Pan-gon, yang pastinya memiliki idea tersendiri mengenai kesebelasan utama yang bakal beraksi kelak.

Jika diberikan peluang, memang saya mahu beraksi dalam kesebelasan utama, tetapi coach (Pan-gon) ada idea tersendiri yang kita tidak tahu.

sumber:- SH

“Ada special kat situ terutamanya dalam pertukaran pemain. Apa pun kesemua pemain perlu bersedia dan bagi saya paling penting adalah disiplin dan berikan 100 peratus dalam setiap game kerana kita nak menang piala ini,” katanya.