Sukan

Kenyataan ‘panas’ itu tidak dipersetujui TMJ

Siapa kata Johor kawal bola sepak negara?

Kenyataan ‘panas’ ini pasti tidak dipersetujui oleh pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegaskan persepsi terbabit sama sekali tidak benar, apatah lagi selepas ramai penyokong menuduh pengadil sentiasa menyebelahi pasukan itu.

Malah, Tunku Ismail berkata kebanyakan kepemimpinan tertinggi dalam industri bola sepak negara turut ‘dikuasai’ oleh individu yang berasal dari Selangor sekali gus membuktikan dakwaan Johor mengawal bola sepak negara sebagai satu situasi yang tidak munasabah.

Nak kata JDT hanya menang kerana pengadil ataupun kerana pembabitan saya dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), saya menang lapan gelaran sebelum jadi presiden FAM.

Tidak adil (untuk katakan) JDT dibantu pengadil kerana kami masih menang perlawanan di pentas Asia, di situ tiada pengadil Malaysia. Apabila (pasukan) menang, tak pernah ‘complaint’ mengenai pengadil.

“Awak tengok, Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin), orang Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil (Datuk S Sivasundaram), orang Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif MFL (Stuart Ramalingam), orang Selangor. Haji Kassim (Ketua Jabatan Pengadil FAM), orang Selangor.

“Betul tak? Semua kepala cawangan orang Selangor. Awak nak kata Johor kawal bola sepak? Selangor yang kawal bolalah. Awak periksa kad pengenalan pengadil botak, silap-silap dia pun orang Selangor juga,” katanya pada sesi temubual bersama penyokong, semalam.

Dalam perkembangan sama, Tunku Ismail juga menepis tanggapan yang pengadil tempatan ‘takut’ kepada dirinya sehingga timbul dakwaan nakal daripada penyokong yang sering menyatakan skuad Harimau Selatan sentiasa mendapat ‘layanan istimewa’.

Kalau takut pada saya, bagi saya tidak masuk akal kerana kita kalah dengan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim musim lalu. Kita pun ada seri dan kalah apabila main di tempat lawan.

sumber:- BH

“Raja Muda Selangor (RMS) ketua pasukan Selangor jadi (pengadil) tak takut dialah? Tengku Muda Pahang adalah ketua pada Pahang, jadi (pengadil) pun tak takut?,” katanya.