Sukan

TMJ sendiri pun keliru

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim keliru dengan kehendak penyokong pasukan itu yang kini mahukan supaya Benjamin Mora kembali untuk menggantikan Hector Bidoglio.

Menerusi satu komen di laman Instagram, Tunku Ismail mempersoalkan penyokong yang sebelum ini kerap mengadu dengan taktikal diterapkan Mora dalam pasukan tetapi kini tiba-tiba merindui sentuhan pengendali dari Mexico itu.

Dulu bertahun-tahun sikit-sikit Mora ‘out’. Sekarang nak Mora balik. ‘Time’ Mora, semua asyik ‘complain’ tak habis-habis hantaran belakang, permainan perlahan, taktikal tak bagus dan macam-macam lagi.

Yang berbual pasal taktikal ini dah berapa piala menang? Saya pun nak tahu,” kata Tunku Ismail yang turut mempelawa penyokong dan pakar bola sepak hadir dalam sesi soal jawab bersamanya di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Malah beliau menegaskan sekalipun jurulatih skuad Harimau silih berganti namun situasi itu tidak menghalang mereka daripada mencipta reputasi sebagai ‘Raja Bolasepak Malaysia’.

Mari kita jumpa malam ini. Saya pun banyak juga nak belajar dari pakar bola sepak tanah air ini semua. Saya ada satu soalan yang saya ingin bertanya kepada penyokong JDT sekalian.

Dalam masa 10 tahun JDT telah tukar 11 jurulatih dan ramai pemain. Tetapi macam mana ia tidak menggugat prestasi pasukan?

sumber:- BH

“Dan daripada 2014 dalam dan luar padang, kelab tetap berjaya. Anda rasa sebab apa? Bagi saya jawapan malam ini. Kita sama sama berkongsi pendapat,” katanya.