Sukan

Terengganu bergaya ke Separuh akhir

Terengganu mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dengan bergaya apabila menumbangkan Perlis 3-0 pada aksi suku akhir di Stadium UKM, hari ini.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Terengganu ‘mengg@nas’ apabila mer0bek gawang Perlis sebanyak tiga kali dalam tempoh 45 minit separuh masa kedua.

Pesta gol Terengganu dimulakan Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid (m-48), Muhamad Azrul Iman Mohd Yusof (m-56) dan Muhammad Safwan Mazlan (m-86).

Sementara itu di Arena UM, Selangor mengesahkan tempat ke separuh akhir untuk bertemu Terengganu apabila menyingkirkan Pahang 7-6 menerusi sepakan penalti penentuan.

Perlawanan terpaksa diheret sehingga penalti apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas 120 minit perlawanan.

Sementara itu di Stadium Uniten, Pulau Pinang menyingkirkan Kelantan 5-4 menerusi sepakan penalti penentuan, selepas kedudukan terikat 2-2.

Adam Danial terlebih dahulu mel3dak gol pertama buat Kelantan pada minit ke-25 sebelum T Saravanan mengikut kedudukan untuk ‘Harimau Kumbang’ di penghujung babak pertama.

Babak kedua terus rancak apabila Dhia Ramadhan meletakkan Pulau Pinang di depan (m-61), namun kedudukan itu hanya bertahan tujuh minit apabila Kelantan menyamakan kedudukan hasil jaringan Nor Shahmi Irfan Talaha (m-68).

sumber:- HM

Satu lagi aksi akan berlangsung di Stadium UiTM malam ini menampilkan aksi antara Kuala Lumpur berdepan Johor dengan pemenang akan bertemu Pulau Pinang pada aksi separuh akhir, Rabu ini.