Sukan

Malaysia B-19 buktikan boleh bersaing dengan Korea Selatan

Walaupun kurang persiapan yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap skuad Malaysia Bawah 19 tahun untuk menghadapi kelayakan Piala Asia B-20 di Mongolia namun anak didik Hassan Sazali Waras telah menunjukkan kualiti mereka. Tidak rasa gentar atau takut apabila berhadapan dengan sebuah pasukan yang punya kualiti tinggi seperti Korea Selatan B19. Itu dibuktikan skuad muda Harimau Malaya itu apabila berjaya mer0bek pintu gol skuad Korea Selatan B19 itu sebanyak dua kali.

Peminat-peminat bola sepak negara sudah tahu kualitinya pemain-pemain Korea Selatan B19 itu dan ia dibuktikan dengan keputusan-keputusan perlawanan yang mereka menangi. Di tambah pula dengan teknik yang baik pada setiap individu serta begitu tinggi pemahaman mereka tentang taktikal yang diterapkan oleh jurulatih mereka. Tetapi dengan semangat yang tinggi serta keyakinan yang tinggi dimiliki skuad muda itu tidak menenggelamkan bakat mereka namun ada beberapa faktor yang membezakan di antara pemain negara dan Korea Selatan itu.

Antara perbezaan yang ketara boleh dilihat diantara pemain negara dan Korea Selatan itu pada pandangan penulis ialah kekutan fizikal dan kepantasan mereka berfikir dalam membuat keputusan. Ia boleh di lihat melalui setiap pergerakkan yang dilakukan pemain muda Korea Selatan itu, dimana mereka akan setiasa bergerak selepas melakukan hantaran untuk memastikan ruang yang ditinggalkan itu boleh digunakan rakannya dan sentiasa bergerak membuka ruang bagi memudahkan rakan untuk melakukan hantaran.

sumber:- SA

Bagi skuad muda negara pula sekiranya dua elemen itu dapat diperbaiki pada masa hadapan tidak mustahil mereka juga boleh terus memberi saingan pada pasukan-pasukan yang hebat lain. Yang paling penting mereka ingin terus belajar dan terus mencari ilmu untuk memperbaiki diri kerana pemain-pemain yang sedia ada ini kebanyakkannya adalah graduan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) yang telah didedahkan dengan latihan yang berkualiti dari peringkat remaja lagi. Sementara FAM teruslah berusaha untuk memperkasa skuad muda negara ini kerana Malaysia tidak ketandusan bakat untuk diketengahkan diperingkat antarabangsa.