Sukan

Mongolia tambah kedukaan Malaysia

Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara terkeluar dari perebutan tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2023 susulan kemenangan 6-0 Mongolia ke atas Sri Lanka di Stadium MFF, Ulaanbatar, petang tadi.

Kemenangan besar luar jangka yang direkodkan Mongolia dalam aksi terakhir Kumpulan E itu menyaksikan mereka merampas kedudukan kedua kumpulan dari Malaysia yang jatuh ke tangga ketiga.

Mongolia dan Malaysia berkongsi empat mata, namun pasukan tuan rumah dalam aksi kelayakan itu memiliki kelebihan jaringan.

Nasib Mongolia sama ada layak atau tidak ke pusingan akhir kejohanan juga tampak tipis dan perlu menunggu keputusan keseluruhan dari kumpulan lain.

Ia kerana hanya lima naib juara terbaik daripada 10 kumpulan yang akan mendapat tiket ke pusingan akhir di Uzbekistan tahun depan.

sumber:- BH

Korea Selatan yang muncul juara Kumpulan E selepas menewaskan Malaysia 6-2, tengah hari tadi layak secara automatik ke pusingan akhir.