Sukan

Pendahulu Liga akhirnya dipintas

Jack Grealish menjaringkan gol pada minit pertama manakala Erling Haaland mel3dak gol ke-11nya di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ketika Manchester City menang 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers 3-0 yang beraksi sepuluh pemain di Molineux sebentar tadi.

Phil Foden menjaringkan gol ketiga pada babak kedua bagi membolehkan City melonjak ke puncak liga dengan 17 mata daripada tujuh perlawanan manakala Wolves di kedudukan ke-16 dengan hanya sekali menang musim ini.

Skuad tuan rumah beraksi 10 pemain pada minit ke-33 selepas pertahanan Nathan Collins dilayangkan kad merah apabila mengasari Grealish.

Jaringan awal Grealish adalah yang pertamanya musim ini sekaligus melegakan pemain itu selepas dikritik susulan kegagalan menjaringkan gol atau mencipta bantuan jaringan.

sumber:- HM

Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah City dalam 22 aksi terakhir EPL di tempat lawan yang juga rekod baharu kelab.