Sukan

Johor sah layak , bakal tamatkan penantian ibu segala pingat

JOHOR dan Pahang menempah tiket ke suku akhir acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 selepas berjaya muncul sebagai dua pasukan teratas Kumpulan B.

Pada saingan lapan terakhir Isnin depan, Johor selaku juara Kumpulan B bakal mencabar Wilayah Persekutuan, manakala juara Kumpulan A Selangor akan bertemu Pahang.

Johor, yang masih memburu ibu segala pingat emas itu sejak 1986, berjaya menduduki tangga teratas selepas menewaskan Sarawak 2-0 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada Jumaat.

Tonggak pertahanan Muhammad Naqiu Aiman Abdul Hadi meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-48, sebelum G. Daryl Sham menggandakan jaringan pada masa kec3deraan (90 4) menerusi sepakan penalti.

Di Stadium UiTM, Shah Alam pula, Pahang mengikat Melaka 2-2 pada aksi sebelah malam untuk menemani Johor ke suku akhir.

Johor menamatkan saingan di kedudukan teratas dengan tujuh mata, diikuti Pahang (5), Sarawak (3) dan Melaka (1).

Sementara itu, Selangor menamatkan saingan di kedudukan teratas Kumpulan A berdasarkan perbezaan gol, selepas mengikat Wilayah Persekutuan 1-1 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Skuad ‘The Wipers’ terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhammad Adam Mukriz Syamsul Ariffin pada minit ke-20, sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Adim Muzahhir Saipu Azuan pada minit ke-36.

sumber:- SH

Walaupun kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata selepas mencatatkan kemenangan ke atas Negeri Sembilan dan juara 2018 Perak, namun Selangor mempunyai kelebihan menerusi perbezaan jaringan.