Sukan

Saya pilih dia sebagai pemain terbaik perlawanan

Prestasi cemerlang penjaga gol berpengalaman Melaka United, (MU) Norazlan Razali mendapat pujian pengendalinya, Mohd Asri Ninggal dan jurulatih KL City, Bojan Hodak selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Kecemerlangan Norazlan menafikan sekurang-kurangnya empat percubaan yang mampu membuahkan jaringan membuatkan pemain KL City hampa.

Bagi Asri dia melihat Norazlan berada dalam prestasi terbaik untuk terus diberi tanggungjawab selepas ini.

Saya memilih dia sebagai pemain terbaik perlawanan malam ini (malam tadi) aapbila begitu cemerlang di gawang pasukan sehingga menyelamatkan semua percubaan b@haya lawan.

“Apapun saya turut memuji semua pemain Melaka yang bermain habis-habisan dari minit pertama sehingga tamat perlawanan dengan menutup peluang kepada pelawat dalam masa sama tetap mencuba mencari jaringan,” katanya.

Melaka turut memiliki dua peluang menjaringkan gol menerusi Ifedayo Olusegun (m-48) dan Mohd Syukri Baharun pada m-85 tetapi diselamatkan penjaga gol Kevin Mendoza.

Selebihnya anak buah jurulatih Bojan Hodak kerap melakukan asakan dan percubaan bertubi-tubi ke kubu skuad Hang Tuah namun setiap usaha mereka gagal membuahkan hasil.

sumber:- HM

Beliau berkata, bukan mudah untuk berdepan KL yang begitu baik dalam semua posisi selain prestasi mereka yang konsisten ketika ini, sekali gus keputusan terbabit tetap melegakan selepas tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini.