Sukan

Hadiah hari lahir yang cukup istimewa

Pemain sayap Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Fayadh Zulkifli menganggap kemenangan ketiga berturut-turut dicapai Kedah ketika menewaskan Selangor FC 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Rabu lalu sebagai hadiah yang cukup istimewa buatnya.

Pemain lincah berusia 24 tahun yang baru menyambut hari lahirnya pada 13 September lalu berkata, kejayaan mel3dak satu gol itu meningkatkan semangatnya beraksi bersama pasukan.

Saya bertekad jika saya turun beraksi pada perlawanan itu, saya mahu Kedah menang sebab hari lahir saya jatuh pada hari sebelum itu, dan Alhamdulillah Allah beri lebih daripada itu dengan satu gol yang dapat saya jaringkan bagi membantu kemenangan Kedah.

Saya juga bersyukur kerana mendapat sokongan yang baik daripada kalangan rakan sepasukan yang turut berusaha gigih memastikan rentak kemenangan kali ketiga ini menjadi kenyataan di laman sendiri.

“Dengan arahan yang baik daripada barisan jurulatih supaya beraksi pada tahap yang terbaik setiap kali masuk ke padang dan memulakan aksi, saya juga diingatkan supaya jangan takut untuk mencuba dan berdepan kesilapan,” katanya.

Fayadh yang melengkapkan gol ke-10 pada perlawanan itu bagaimanapun masih belum menganggap tahap permainannya sudah mencapai apa yang disasarkan pada musim ini.

Dengan jumlah gol yang saya jaringkan, saya masih belum mencapai tahap puas hati dalam diri saya, kerana setiap pemain perlu ada peningkatan dan saya berazam mahu terus berusaha.

sumber:- HM

“Saya juga perlu memastikan momentum permainan saya dapat ditingkatkan lagi dan saya yakin, walaupun saya tidak menetapkan jumlah gol yang disasarkan setiap kali saya turun ke padang, Insya Allah gol yang dicari itu akan hadir kalau semangat berusaha kita tinggi dalam sesuatu perlawanan itu,” katanya.