Sukan

Gelaran Raja pecut sah milik azeem

Gelaran raja pecut Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 menjadi milik Muhammad Azeem Mohd Fahmi selepas atlet dari Perak itu menepati ramalan mengungguli final acara 100 meter (m) di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 10.25 saat (s).

Pingat perak menjadi milik atlet Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s).

Sebagai rekod, rekod temasya dilakar oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada SUKMA 2016 di Sarawak.

sumber:- BH

Rekod kebangsaan yang dipegang Azeem pula dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 dengan catatan 10.09s.