Sukan

Terengganu cemerlang sahkan slot

Terengganu beraksi cemerlang pada perlawanan kedua kumpulan C acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) 2022 apabila menewaskan Kelantan 2-0, hari ini.

Perlawanan di Stadium UKM itu menyaksikan jaringan Aqil Asyrah Awang pada minit ke-30 dan ledakan Iman Zaidi Sulong minit ke-85 memberi kemenangan bermakna untuk Terengganu mengesahkan slot ke suku akhir.

Pada aksi pertama sebelum ini, Terengganu terikat 2-2 dengan Sabah dan kemenangan ke atas Kelantan mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan C dengan empat mata.

Kelantan yang kini tanpa sebarang mata, wajib menang pada perlawanan terakhir kumpulan berdepan Sabah, Sabtu ini.

Sementara itu, di Stadium Mini Uniten, Pulau Pinang turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan Perlis 1-0 dalam aksi Kumpulan D.

Jaringan Danial Irfan Nadzri pada minit ke-24 sudah cukup untuk memastikan Pulau Pinang meraih tiga mata pertama dan memimpin kumpulan, sementara Perlis kini berkongsi satu mata bersama Kedah.

sumber:- HM

Kekalahan Perlis itu menyaksikan Kedah hanya memerlukan keputusan seri pada aksi terakhir berdepan Pulau Pinang, Sabtu ini untuk turut mara ke suku akhir.