Sukan

Bergson Da Silva dah ‘expired’

Jangan sampai pisang berbuah dua kali.

Itu nasihat bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail terhadap cadangan pihak tertentu supaya tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson Da Silva ‘dinaturalisasikan’ dalam usaha menyelesaikan masalah di bahagian jentera s3rangan pasukan Harimau Malaya.

Jamal Nasir berkata, umur pemain naturalisasi lebih 30 tahun boleh dianggap sebagai sudah ‘expired’ dan kemungkinan akan menjadi bebanan kepada Harimau Malaya seperti yang berlaku kepada Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi.

Beliau berkata, de Paula dan Liridon yang satu ketika dahulu dilihat cukup lincah dan hebat dalam saingan Liga Super, kini dipinggirkan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kerana kehadiran mereka tidak banyak membantu memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Sekarang ini, bolehlah kita tengok dia (Bergson) hebat dan lincah dengan menjaringkan gol paling banyak di Liga Super, namun apabila usianya 34 tahun dan dinaturalisasikan tiga tahun lagi, adakah keupayaan masih sama?

Kalau nak ambil pemain naturalisasi biarlah usia dalam lingkungan 25 hingga 28 tahun kerana pasukan kebangsaan boleh menggunakan khidmat mereka untuk tempoh lama.

Bergson sememangnya bagus jika beraksi di Liga Super, namun apabila dia beraksi di peringkat antarabangsa seperti men3ntang kelab Jepun baru-baru ini, jelas sekali kehadirannya tidak membantu JDT meraih kemenangan.

“Kita mahu ambil dia bertujuan memberikan saingan di peringkat antarabangsa, namun jika hanya hebat di Liga Super saja, tak memberi sebarang kelebihan kepada Harimau Malaya kelak,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan rekod 39 gol sepanjang dua musim ini meletakkan Bergson antara pel3dak terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Malah, dua jaringannya dalam aksi final Piala FA, Sabtu lalu, bukan saja membantu JDT menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1, tetapi membuka mata peminat tanah air yang mula mendambakan kelibat Bergson sebagai pemain naturalisasi negara.

Di laman sosial, ramai mula membandingkan keupayaan Bergson dan De Paula apabila De Paula dilihat satu kegagalan buat skuad negara selepas menjadi pemain naturalisasi pada tahun lalu.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga pemain dinaturalisasikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Mohamadou Sumareh, De Paula dan Liridon.

Manakala, beberapa pemain lain turut dinaturalisasikan oleh kelab di Liga Malaysia dan Persatuan Bolasepak Negeri (FA) seperti Lee Tuck dan Sergio Aguero di Sri Pahang FC.

sumber:- HM

Jika benar Bergson mahu dinaturalisasikan, striker itu perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga tahun lagi bagi memenuhi syarat ditetapkan perlu bermaustatin selama lima tahun berturut-turut di negara ini.