Sukan

Dua perlawanan pertama paling penting untuk Malaysia

Sembilan mata maksimum sudah pasti menjadi sasaran skuad Bawah 19 tahun (B-19) pada saingan kelayakan Piala Asia Bawah 20 tahun (B-20) 2023 yang akan berlangsung di Mongolia bermula Rabu hingga Ahad ini.

Namun, pengendalinya, Hassan Sazali Waras menegaskan sasaran realistik perlu diletakkan apatah lagi selepas saingan dalam Kumpulan E itu turut menampilkan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan selain tuan rumah dan Sri Lanka.

Seboleh-bolehnya, kita mahu sembilan mata untuk sahkan kelayakan secara merit tetapi kita tahu kita ada Korea Selatan yang turut bersaing bersama Malaysia dalam peringkat kumpulan.

Jadi perancangan adalah untuk mendapatkan dua kemenangan terlebih dahulu pada peringkat awal ketika men3ntang Mongolia dan Sri Lanka.

“Bagi aksi terakhir, kita akan berusaha mendapatkan sekurang kurangnya satu mata (berdepan Korea Selatan) untuk sahkan tempat ke pusingan akhir kelak,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Pada peringkat kelayakan itu, skuad Harimau Muda akan men3ntang Mongolia pada jam 5 petang Rabu, disusuli Sri Lanka pada Jumaat sebelum menutup kempen berdepan Korea Selatan pada Ahad dengan semua perlawanan berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar.

Sebagai rekod, Piala Asia B-20 akan berlangsung pada Mac tahun dengan Uzbekistan akan menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini dan empat pasukan terbaik akan layak ke Piala Dunia B-20 2023 di Indonesia.

sumber:- BH

Selain 10 juara kumpulan yang layak secara automatik ke saingan Asia itu, lima naib juara terbaik juga berpeluang merebut tiket ke Uzbekistan tahun depan.