Sukan

TMJ gamatkan suasana Stadium selepas dilambung pemain

Barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas berjaya menjuarai Piala FA buat kali kedua di Stadium Nasional, malam tadi.

Selepas meraikan kejayaan itu bersama barisan pemain, Tunku Ismail dilihat berjalan menuju ke arah penyokong JDT yang masih setia berada di dalam stadium selepas perlawanan berakhir.

Malah, kumpulan penyokong turut bersorak dengan menyebut ‘TMJ (Tunku Mahkota Johor)’, sekali gus mencetuskan suasana gamat di dalam stadium.

JDT yang juga juara Piala FA 2016 mengesahkan kejuaraan kedua selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 dalam aksi final, malam tadi.

sumber:- BH

Sementara itu, penjaring gol pertama JDT, Arif Aiman Hanapi diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.