Sukan

Reaksi pertama Bidoglio selepas berjaya Julang kejuaraan pertama di JDT

“Terima kasih kepada bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan semua orang di Johor Darul Ta’zim (JDT).”

Demikian reaksi pertama pengendali skuad Harimau Selatan, Hector Bidoglio selepas membawa pasukan itu menjulang Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Tegasnya, dia gembira dengan persembahan anak buahnya yang jelas menjadi faktor penting pasukan itu menjulang kejuaraan.

Terima kasih atas kepercayaan kepada saya untuk membimbing pasukan ini.Saya gembira dengan cara pemain memberi cabaran kepada pemain lawan, bagaimana kami mengekalkan penguasaan bola dan saya bangga dengan pemain.

“Aksi yang fantastik ditunjukkan oleh pemain pada malam ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Terdahulu, JDT menjulang Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan TFC dengan keputusan 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan JDT itu turut menyaksikan hasrat TFC untuk menamatkan penantian 11 tahun tidak kesampaian selepas kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala FA pada 2011.

sumber:- BH

Arif Aiman Hanapi meledak gol pembukaan buat JDT dengan dua gol disumbangkan Bergson da Silva sementara gol tunggal TFC dijaringkan Tchetche Kipre.