Sukan

TFC dapat sokongan bintang EPL

Terengganu FC (TFC) mendapat tonik tambahan menjelang aksi final Piala FA, malam ini apabila menerima ucapan daripada pemain Chelsea, N’Golo Kante.

Menerusi satu video yang tersebar di media sosial ketika ini, Kante dilihat bersama seorang lelaki dan mengucapkan selamat berjaya kepada skuad Penyu.

Skuad kendalian Nafuzi Zain berdepan misi sukar untuk merebut kejuaraan Piala FA musim ini apabila akan berdepan juara 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Harapan besar diletakkan ke atas skuad dari Pantai Timur itu selepas kali terakhir mereka menjulang trofi itu 11 tahun lalu ketika menewaskan Kelantan 2-1 pada final di gelanggang sama.

Namun, lawan mereka kali ini bukan calang-calang pasukan iaitu Harimau Selatan yang juga juara bertahan lapan kali berturut-turut Liga Super.

sumber:- BH

Bagaimanapun, beberapa pihak turut menganggap bahawa anak buah TFC tetap memiliki peluang sama dengan JDT untuk meraih kemenangan dan membawa pulang trofi Piala FA.