Sukan

Pesanan penyokong TFC buat pengadil

Penyokong setia Terengganu FC (TFC) meletakkan keyakinan tinggi pengadil perlawanan final Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dapat melaksanakan amanah dengan adil dan saksama.

Muhamad Shahrul Ikhwan Muda, 28, dari Kampung Wakaf Dua, Marang berkata dia sanggup mengeluarkan kos keseluruhan hampir RM3,000 untuk hadir ke stadium semata-mata bagi menyaksikan perlawanan akhir yang terbaik dan menarik.

Semangat kami begitu membara kerana TFC bertemu gergasi Liga Malaysia (Liga M). Jadi saya bersama keluarga sanggup mengeluar kos yang tinggi untuk sampai ke Stadium Nasional ini.

Diharapkan pengadil perlawanan akhir nanti telus dan amanah kerana kami penyokong datang dari jauh. Hargailah kami, biar pengadil pun ada semangat kesukanan yang tinggi, jangan ‘bvnuh’ semangat penyokong Terengganu.

“Buat pemain TFC, balaslah peng0rbanan kami dengan aksi terbaik dan penuh bersemangat kerana kami begitu dahagakan trofi selepas 11 tahun menanti,” katanya yang datang ke Stadium Nasional dalam satu rombongan sembilan orang termasuk isteri.

Sementara itu, lebih 100 bas yang membawa penyokong setia TFC dari segenap pelusuk Terengganu bakal menyerbu Stadium Nasional malam ini untuk menyaksikan perlawanan akhir bersejarah itu.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC, Mohd Isa Che Ariffin berkata, penyokong TFC turut datang dengan kenderaan lain termasuk van, kereta persendirian dan motosikal.

Dalam pengetahuan saya, setakat ini lebih 100 bas yang membawa penyokong TFC selain kenderaan persendirian akan ‘berkampung’ di stadium pada malam ini.

Ada sebahagian peminat skuad Penyu yang begitu teruja untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas final sudah mula bertolak mulai pagi semalam dan ada yang bergerak pada pagi ini ke Bukit Jalil.

Pesanan saya buat rakan-rakan peminat agar tidak mencetuskan sebarang pr0vokasi sama ada sebelum, ketika dan selepas perlawanan. Amalkan semangat kesukanan yang tinggi.

sumber:-BH

“Buat barisan pengadil, jalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh keadilan bagi mengelak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan. seterusnya boleh menyebabkan berlakunya perkara tidak sepatutnya,” katanya.