Sukan

Kerajaan Johor sah isytihar berita gembira buat seluruh Rakyat Johor

Kerajaan Johor mengisytiharkan esok sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh negeri, susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan bola sepak Piala FA.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata keputusan cuti khas itu sekali gus menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA Malaysia 2022, kerajaan Johor memutuskan mengisytiharkan hari Ahad, 11 September atau esok sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri.

Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT yang memberi sepenuh komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama Johor Darul Ta’zim.

“Pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” katanya dalam kenyataan, malam ini.

sumber:- BH

Pasukan JDT muncul juara selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Bukit Jalil, sebentar tadi.