Sukan

Aksi Final luar dari kebiasaan

Striker Terengganu FC (TFC), Tchetche Kipre menegaskan bahawa jentera s3rangan skuad Penyu akan berusaha sedaya upaya untuk memecahkan benteng Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Pemain berusia 34 tahun itu mengakui bahawa pasukannya tidak perlu takut dengan mana-mana pemain pertahanan JDT yang akan diturunkan nanti.

Namun, dia mengakui bukan tugas mudah untuk berdepan barisan pertahan Harimau Selatan yang menjadi benteng paling kebal di Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Apa yang boleh saya katakan mereka (JDT) memiliki barisan pertahanan yang baik dan mereka tidak melepaskan banyak gol, tapi ini final, peluang 50-50 dan saya fikir kami juga memiliki peluang.

Paling penting apabila anda bermain di final, ia menjadi klinikal kerana anda tidak boleh melepaskan peluang terhidang. Perlawanan akhir tidak banyak peluang yang anda akan dapat.

Saya melihat kepada satu pasukan, bukan individu. Kita cuba pecahkan benteng mereka, saya menghormati mereka tapi kami tak takut pada sesiapa, katanya pada sidang media di Stadium Nasional, hari ini.

Selain itu, Kipre mengakui teruja dapat membuat penampilan di pentas final Piala FA, namun menjelaskan TFC tidak boleh mengulangi kesilapan seperti dalam perlawanan sebelum ini.

sumber:- BH

“Paling penting bukan mengenai perkara yang lepas, tapi untuk mencipta sejarah baharu. Saya fikir kami ada pengalaman untuk memenangi piala kali ini,” katanya.