Sukan

Terima Kasih MFL

Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) berterima kasih kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang meluluskan rayuan mereka untuk mendaftarkan pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, keputusan itu sememangnya dinantikan kelab berkenaan kerana dua pemain itu antara nadi Sri Pahang.

SPFC berterima kasih kepada MFL kerana kelulusan yang diberikan ini membolehkan Tuck dan Aguero boleh bermain musim ini.

Pada masa sama, pengumuman ini amat menggembirakan kelab dalam membentuk pasukan itu terutama persediaan menghadapi Piala Malaysia nanti.

“Aksi Tuck dan Aguero akan dapat disaksikan dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.

MFL dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan rayuan SPFC untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Tuck dan Aguero sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga M 2022 diluluskan.

Keputusan itu dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL dan pendaftaran Tuck yang dilahirkan di Huddersfield, England serta Aguero dari Argentina, akan berkuat kuasa pada pertandingan Piala Malaysia 2022.

sumber:- BH

Sebelum ini, Sri Pahang mendaftarkan Tuck dan Aguero sebagai pemain tempatan dalam tempoh pendaftaran kedua pada 28 Mei hingga 24 Jun lalu.