Sukan

Kelebihan yang tak boleh pakai

Jika melihat kelebihan di atas kertas, sudah pastinya Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pilihan berbanding Terengganu FC (TFC) untuk memenangi Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Namun, perlu diingatkan kebiasaannya pasukan tidak diletakkan sebarang harapan tinggi untuk memenangi aksi final pastinya mampu bangkit mencipta kejutan untuk membawa pulang piala itu kelak.

Peringatan itu diberikan jurulatih berpengalaman, Fandi Ahmad apabila melihat kekuatan pasukan di pentas final adalah sama dengan masing-masing sudah pastinya mahu memenangi perlawanan terbabit di hadapan puluhan ribu penyokong bola sepak tanah air.

Beliau yang juga bekas pemain Singapura berkata, walaupun JDT boleh dikatakan pasukan serba lengkap dengan mempunyai kekuatan di semua posisi, TFC mempunyai ‘senjata rahsia’ yang mampu memerangkap lawannya.

Katanya, pengendali TFC, Nafuzi Zain sudah pastinya mempunyai ramuan terbaik untuk memerangkap lawan, sekali gus memberi peringatan kepada JDT untuk lebih berhati-hati dengan setiap taktikal direncanakan skuad Penyu.

Di pentas final, kekuatan dan kelebihan pasukan tidak boleh lagi diukur berdasarkan persembahan mereka di saingan liga kerana segalanya sudah berubah di pentas final dengan rata-rata pemain mempamerkan aksi luar biasa.

Mungkin kelebihan kepada JDT kerana mereka mempunyai pasukan yang agak hebat dan pemain berpengalaman malah tonggak mereka seperti Arif Aiman dan Bergson Da Silva sudah pastinya akan menyusahkan benteng pertahanan TFC.

“Namun, TFC turut mempunyai kekuatan di bahagian tengah selain pemain sayap Faisal Halim sudah pastinya akan buat ‘kacau’ dengan melakukan s3rangan berb@haya ke kubu lawan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Berdasarkan rekod pada pertemuan antara TFC dan JDT pada musim ini menyaksikan kelebihan memihak kepada skuad Harimau Selatan apabila mencatatkan kemenangan pada dua perlawanan terdahulu.

JDT mencatatkan kemenangan tipis dalam dua aksi itu, sekali gus memberi bayangan pertembungan di pentas Final Piala FA sudah pastinya sengit.

Sementara itu, Fandi yang juga bekas jurulatih JDT berkata, pertembungan pada Sabtu ini sudah pastinya menjanjikan aksi cukup menarik daripada kedua-dua pasukan.

Sudah dua tahun saingan Piala FA dibatalkan kerana pand3mik C0vid-19, sekali gus perlawanan Sabtu ini amat dinantikan penyokong bola sepak tanah air.

sumber:- HM

“Kekuatan kedua-dua pasukan adalah sama, namun yang menjadi perbezaan adalah kesilapan dilakukan pemain bakal dihukum lawan masing-masing,” katanya.