Sukan

Berita gembira buat TFC, ‘Abey’ sanggup ketepikan

Berita gembira buat peminat setia skuad Terengganu FC (TFC) apabila penjaga gol muda meningkat naik, Rahadiazli Rahalim kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi.

Walaupun belum cergas 100 peratus lagi, tapi semangat perjuangan dan keinginan tinggi untuk beraksi pada pentas final Piala FA men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini membuatkan pemain yang lebih mesra dipanggil ‘Abey’ itu sanggup mengetepikan soal berkenaan demi membantu pasukan.

Penjaga gol skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) itu juga berazam untuk memburu gelaran pertama sepanjang kariernya selain bertekad untuk menamatkan kemarau 11 tahun pasukan untuk memburu trofi berprestij itu.

Rahadiazli ketika ditemui selepas sesi latihan malam tadi mengakui dia akan berkorban apa sahaja demi pasukan dan peminat setia yang tidak putus-putus mendoakannya sepanjang menerima r@watan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sejak Sabtu lalu sebelum dibenarkan keluar hospital pada Isnin.

Sejujurnya saya belum pulih sepenuhnya lagi selepas alami kecederaan pada bahagian kepala, tapi Insya-Allah saya berkeyakinan dari sehari ke sehari tahap kesihatan saya semakin baik lebih-lebih lagi saya sudah mulai menjalani latihan kerana rasa pening kepala sudah tidak ada lagi.

Lagipun pihak perubatan memaklumkan tiada kecederaan yang serius dan mereka meminta saya membuat keputusan sendiri bagi mengelak sebarang risiko berlaku.

Tapi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk beraksi di pentas final demi pasukan dan peminat, lagipun musim lalu saya terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan, ini cabaran dan dugaan saya.

“Tambahan ibu bapa, rakan sepasukan dan pihak pengurusan termasuk peminat sentiasa memberikan sokongan padu sekali gus mampu menaikkan semangat saya,” katanya.

Mengulas lanjut, penjaga gol berpotensi negara itu yang bagaikan tidak sabar untuk memahat sejarah jika diturunkan bertemu gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu berkata, dia berazam mahu memperagakan aksi sehabis baik bagi tidak mengecewakan ribuan peminat.

“Pada mula-mula alami kec3deraan, saya begitu kecewa, tapi dengan keadaan semakin pulih, saya kembali bersemangat untuk membawa pulang trofi piala itu ke bumi Terengganu selepas 11 tahun menanti,” katanya.

sumber:- BH

Ketika aksi Liga Super men3ntang Melaka United FC (MUFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu lalu yang memihak kepada TFC 5-0, Rahadiazli terpaksa dikejarkan ke HSNZ pada minit ke-52 selepas tidak sedarkan diri akibat bertembung dengan pemain lawan, Harith Naem Jaineh pada minit ke-46 ketika cuba menyelamatkan bola dalam kotak penalti.