Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan corak permainan bakal ditampilkan men3ntang Ulsan Hyunda pada aksi petang esok berbeza ketika menewaskan pasukan itu, 2-1 pada pusingan pertama Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Menurutnya, aksi terakhir kumpulan itu di Stadium Sultan Ibrahim, petang esok ibarat final kerana menjadi penentu bukan sahaja buat JDT, malah kelab dari Korea Selatan itu yang mengintai slot ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Ia perlawanan berbeza ketika aksi pusingan pertama dan pertembungan kali kedua men3ntang skuad kendalian Hung Myung-bo menjadi detik penting JDT melakar sejarah mengintai peluang ke pusingan seterusnya.

Kami akan berdepan corak permainan berbeza bakal ditampilkan Ulsan Hyundai dan perlu berwaspada bagi mengelak terperangkap dengan taktik permainan pasukan itu yang pastinya mahu menebus kekecewaan tewas 1-2 sebelum ini.

“Bagi JDT, kami akan turun dengan falsafah permainan diterapkan selain mentaliti pemain sentiasa bersikap positif dan akan memberi persaingan biarpun sedar status lawan sebagai bekas juara ACL musim 2020 dan mereka ada kelas tersendiri,” katanya pada sidang media, hari ini.

Mora mengakui striker Ulsan Hyundai, Leonardo Nascimento boleh menjadi duri dalam daging buat JDT dan perlu berwaspada dengan taktik licik permainannya yang suka melakukan provokasi dan berharap pemain JDT tidak terpengaruh dengan taktik pemain itu.

Sementara itu, Myung-bo menganggap aksi menentang JDT adalah perlawanan ditunggu-tunggu walaupun sedar ia tampak sukar tatkala padang di Stadium Sultan Ibrahim amat berbeza berbanding Stadium Larkin apabila pemain perlu masa menyesuaikan diri dengan keadaan padang di Stadium Sultan Ibrahim.

Sebab itu saya memohon kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) supaya benarkan kami berlatih selama sejam di Stadium Sultan Ibrahim dan ia peluang terbaik bagi kami membuat persiapan rapi terutama merasai suasana di stadium berkenaan.

Sudah tentu dua pemain JDT iaitu nombor 9 (Bergson Da Silva) dan nombor 45 (Fernando Forestieri) perlu disekat dan mereka pemain berb@haya bagi kami selepas masing-masing menjaring gol pada aksi pertama.

sumber:- HM

“Kami akan buat persiapan rapi bagi memburu kemenangan pada perlawanan itu nanti,” kata Myung-bo.