Negeri Sembilan FC (NSFC) akan turun dengan strategi ampuh bagi berdepan Terengganu FC (TFC) dalam misi untuk melakar kemenangan pada perlawanan pusingan pertama Piala FA, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, malam esok.

Striker muda NSFC, Sean Eugene Selvaraj berkata, rekod baik dalam Liga Super akan dibawa ke Gong Badak bagi meneruskan perjuangan pasukan dalam memastikan layak ke pusingan seterusnya saingan berkenaan.

Dia yakin pasukannya mampu mendepani cabaran itu dan berupaya mencipta keputusan positif walapun kelebihan dimiliki TFC selaku tuan rumah.

Biarpun kelebihan dimiliki Terengganu sebagai tuan rumah, namun kami tidak akan menjadikan kelebihan pihak lawan itu sebagai halangan untuk kami mencipta kemenangan.

Walaupun sedar cabaran dalam perlawanan ini nanti adalah lebih sukar berbanding apa yang kami hadapi dalam Liga Super kerana ia membabitkan saingan kalah mat!, tetapi kami sudah buat persiapan rapi untuk berhadapan dengan Terengganu.

“Berbekalkan semangat serta keazaman tinggi, kami akan berjvang habis-habisan untuk mendapatkan kemenangan bagi membawa pasukan melangkah ke pusingan kedua Piala FA musim ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Sean Eugene, walaupun pasukannya berstatus pendatang baharu dalam Liga Super musim ini, namun rata-rata pemain sudah memiliki pengalaman berhadapan cabaran dalam Piala FA.’

sumber:- HM

Justeru, bekas striker Selangor FC berusia 25 tahun itu yakin dan percaya faktor berkenaan akan dapat membantu NSFC mempamerkan aksi lebih baik dalam usaha menewaskan Terengganu.