Walaupun Johor Darul Ta’zim (JDT) melonjak ke tangga teratas Kumpulan I selepas menewaskan Guangzhou FC 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi, ia tidak mengujakan pengendali, Benjamin Mora.

Sebaliknya Mora mahu memberi sepenuh tumpuan bagi persiapan berdepan Ulsan Hyundai yang berstatus juara ACL musim 2021 pada pert3mbungan terakhir kedua-dua pasukan, Sabtu ini dan pastinya mengidamkan kemenangan untuk membvru slot ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Memang puas hati dengan kemenangan itu, sekali gus melonjak ke tangga teratas berdasarkan perkiraan ‘head to head’ dengan Ulsan Hyundai, tapi saya mahu fokus aksi terakhir men3ntang kelab Korea Selatan itu yang menjadi penentu langkah kami ke pusingan seterusnya.

Kemenangan itu bukanlah sesuatu yang membuat saya teruja, walaupun ia mampu meningkatkan moral dan keyakinan pemain tatkala kami akan berdepan kelab g3rgasi Asia.

Walaupun kami pernah menewaskan mereka 2-1 pada perlawanan awal, itu cerita lama dan mereka pasti mahu tebus kekecewaan itu.

“Kami sukar menewaskan Guangzhou FC yang mengamalkan corak permainan kompak dengan formasi 5-4-1 sehingga kami sukar mencari ruang untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti,” katanya.

Mora berkata, corak pantas diubah barisan pemain JDT menyebabkan pemain Guangzhou FC membuat kesilapan apabila menghadiahkan dua sepakan penalti dan jaringan itu penting bagi memastikan JDT meraih tiga mata.

Ditanya mengenai persembahan pemain warisan, Nathaniel Shio yang beraksi konsisten di posisi tengah bagi mengisi kekosongan Natxo Insa yang direhatkan, Mora tampak berpuas hati dengan kualiti bekas pemain Wolverhampton Wanderer itu yang begitu tenang mengemudi jentera tengah.

Katanya, walaupun pemain itu jarang diturunkan dan tidak mempunyai minit permainan mencukupi, kelibatnya yang baru berusia 21 tahun konsisten menguasai posisi tengah dan mematahkan beberapa gerakan pasukan lawan.

Sememangnya saya terkejut dengan kualiti permainan pemain muda JDT itu.

sumber:- HM

“Bukan senang beraksi di pentas kelab Asia jika kurang minit permainan, tapi dia mengetepikan semua itu dan bergandingan baik dengan Leandro (Velazquez) dan bila saya masukkan Safiq (Rahim), dia tidak berdepan masalah membentuk persefahaman di posisi tengah,” kata Mora.