Striker skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak tidak mahu perjalanan beribu batu dari Jepun ke tanahair berakhir dengan sia-sia apabila bertekad untuk memikat perhatian barisan kejurulatihan negara.

Dia yang baharu tiba dari Jepun semalam tidak menunggu lama apabila terus menyertai kem latihan skuad B-23 yang kini dalam persiapan ke Sukan Sea di Hanoi, Vietnam pada bulan depan.

Itu semua terletak pada jurulatih, kerja saya hanya akan lakukan yang terbaik untuk dapatkan kepercayaan beliau (Brad Maloney) dan saya pun dah datang dari jauh Jepun.

“Semestinya saya nak dapatkan tempat dan saya akan tunjukkan kepada beliau yang saya layak berada dalam pasukan dan saya harap doa dan sokongan semua orang kepada saya supaya saya dapat lakukan terbaik dan berjaya,” katanya.

Jelasnya, pengalaman berkelana hampir tiga tahun di Liga Jepun dengan dua kelab iaitu Fagiano Okayama dan Azul Claro Numazu banyak mematangkan persembahannya dan dia yakin mampu membawa sesuatu buat skuad negara di temasya dwitahunan itu yang juga sebenarnya adalah penampilan keduanya selepas Sukan Sea di Manila, Filipina pada 2019 lalu.

Sudah semestinya sebab kita tahu Jepun antara liga ‘Raja’ bola sepak di Asia, dan kita boleh nampak mereka dah main Piala Dunia pun dah banyak kali.

“Saya rasa apa yang saya belajar di Jepun saya dapat membantu dan menggunakan ketika bermain dengan Malaysia B-23,” katanya.

Untuk rekod, Hadi mula beraksi di Jepun pada hujung Disember 2018 dengan menyertai Fagiano Okayama dengan dia kerap beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan kelab itu.

Menyedari kesukaran untuk menembusi skuad utama, Fagiano meminjamkan penyerang berusia 22 tahun itu ke kelab divisyen tiga, Azul Claro Numazu bagi memastikan dia meraih minit permainan pada musim lalu.

Menurut bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu lagi, dia yang sudah hampir dua tahun tidak pulang ke Malaysia mahu memanfaatkan sebaiknya peluang yang diberikan oleh Brad Maloney itu.

Dah semestinya (saya mahu tersenarai dalam skuad akhir) sebab itu saya balik ke Malaysia. Memang saya nak membantu pasukan dan membantu negara.

sumber:- HM

“Ini adalah mimpi setiap pemain bola untuk main untuk negara dan buat yang terbaik, dan saya balik ini memang nak berikan segalanya dan harap kita dapat keputusan yang bagus di Sukan Sea nanti,” katanya.