Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan mengambil langkah segera di atas kemerosotan mutu permainan yang menyaksikan pasukan tewas dengan jumlah bolos besar dalam dua perlawanan Liga Super baru-baru ini.

Tewas 1-4 kepada Selangor FC dan terbaru dibolosi empat gol tanpa balas kepada Sabah FC pada Ahad lalu jelas memberi kesan kepada skuad Sang Kenari yang turun ke tangga ketiga minggu ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC Khamal Idris Ali, pihaknya tidak mahu isu prestasi tidak konsisten menjadi ‘virvs’ yang boleh meranapkan impian Kedah dengan mengenalpasti masalah dan memulihkan kelemahan ketara yang ada pada pasukan.

Kita sudah mengadakan siasatan serta teguran sebaik pasukan tewas dengan jaringan besar (empat gol) kepada skuad Selangor dan kini ianya berulang kembali apabila bertemu Sabah FC.

Ada beberapa pemain yang sudah dikenalpasti dalam aspek kelemahan sebelum ini, dan kita sudah memberi peringatan sewajarnya kepada mereka agar isu konsistensi dapat dipvlihkan dengan segera.

“Jadi saya akan kembali merujuk kepada barisan kejurulatihan bagi memastikan kelemahan ini dapat diatasi secepat mungkin,” katanya.

sumber:- HM

Kedah yang memungut 12 mata menerusi enam perlawanan akan berdepan Melaka United, PJ City dan Negeri Sembilan pada aksi Liga Super pada Mei depan manakala bagi saingan Piala FA pula, Kedah menanti siapa lawan mereka antara Terengganu FC dan Negeri Sembilan pada Khamis ini.