Sukan

‘kuda tua’ hanya untuk aksi di Liga Malaysia saja

Kehebatan pemain berstatus ‘kuda tua’, Amri Yahyah menjaringkan hatrik untuk memastikan kemenangan 4-0 terhadap Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Likas, malam tadi, cukup mengejutkan penyokong bola sepak tanah air.

Ini kerana, usia Amri yang sudah mencecah 41 tahun masih mampu beraksi lincah dan berbisa seterusnya menewaskan pemain lebih muda dalam usaha mencipta jaringan.

Malah, ketika ini penyokong bola sepak tanah air sudah mula menyebut kembali bekas pemain Selangor itu untuk diberi peluang mengemudi jentera s3rangan negara yang dilihat ketika ini kurang menyengat.

Namun jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, walaupun Amri menunjukkan aksi luar biasa ketika men3ntang KDA FC, malam tadi, tahap dimilikinya ketika ini hanyalah untuk aksi di Liga Malaysia (Liga M) saja.

Azraai berkata, skuad Harimau Malaya di bawah pimpinan Kim Pan-gon ketika ini mengamalkan corak atau taktikal berintensiti tinggi, sekali gus mungkin tidak bersesuaian dengan Amri yang sudah berusia.

Saya akui persembahan dipamerkan Amri ketika men3ntang KDA FC cukup bagus dan mempunyai kualiti sebagai pemain profesional.

Namun, sekarang ini dia sudah berada di penghujung karier dan lebih baik tempatnya di Harimau Malaya diberikan kepada pemain lebih muda.

“Amri hanya boleh beraksi untuk Liga M saja dan untuk peringkat antarabangsa bagi saya mungkin dia tidak boleh tahan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, perlawanan di Stadium Likas malam tadi menyaksikan Amri membuktikan sentuhan berbisa apabila meledak hatrik di minit ke-51, m-61 dan m-71 manakala satu lagi gol dijaringkan Park Tae-su menerusi sepakan percuma untuk memastikan tuan rumah memperoleh tiga mata penting.

Meskipun berusia 41 tahun, prestasi Amri mengatasi pemain muda lain dalam aksi berkenaan, malah pengalaman luas dimilikinya jelas meletakkan dia dalam kelas tersendiri.

Kemenangan anak didik Datuk Ong Kim Swee di halaman sendiri itu jelas menggembirakan penyokong The Rhinos.

sumber:- HM

Mereka berjaya merampas kembali kedudukan kedua liga daripada Kedah berdasarkan kelebihan jaringan biarpun berkongsi 12 mata.