Sukan

Herold Goulon sensasi baharu

Pengendali Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan memuji Herold Goulon yang menjadi wira pasukan itu selepas menjaringkan dua gol untuk membantu membenam KL City 2-1 pada aksi Liga Super malam tadi.

Tonggak pertahanan berpengalaman itu beraksi cemerlang apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-46 dan 75, untuk membantu Negeri Sembilan meraih tiga mata dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jaringan pertama menerusi ‘set piece’ yang dilakukan Goulon malam ini (malam tadi) bukan sesuatu yang magis, tetapi memang pemain dilatih melakukan penyudah tepat dalam apa juga situasi.

Dia pemain pertahanan yang begitu berpengalaman dan bukan sahaja berjaya membimbing bahagian bawah tetapi juga membantu pasukan mendapatkan gol. Setakat ini dia sudah menjaringkan empat gol termasuk melalui ‘set piece’.

“Jaringannya adalah jaringan kemenangan, tahniah kepada Goulon dan semua pemain yang memberikan komitmen tinggi serta beraksi amat baik,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih KL City, Bojan Hodak menyifatkan kegagalan memanfaatkan rentetan peluang menjaringkan gol antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan pasukannya.

“Kami berjaya mencipta lebih peluang untuk mendapatkan gol tapi gagal menyudahkan terutama selepas menguasai permainan pada babak pertama.

sumber:- HM

“Namun, saya akur kami kalah kerana Negeri Sembilan beraksi lebih baik,” katanya.