Misi mengekalkan rekod tanpa kalah menjadi idaman buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila sekali lagi bertemu kelab dari Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi pusingan kedua Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Skuad kendalian Benjamin Mora pada aksi pusingan pertama berjaya mencatat keputusan seri ketika men3ntang barisan pemain Toru Oniki 0-0 pada Khamis lalu menghidup peluang untuk mara ke pusingan kalah mat! dan JDT harus melakar kemenangan seandainya ingin memastikan sebelah kaki berada ke pusingan berkenaan.

Bagaimanapun, Mora menegaskan beberapa pemain utama yang mengharungi tiga perlawanan berturut-turut tampak keletihan tapi keinginan untuk berada di dalam kesebelasan utama tetap tinggi malah pemainnya mahu berada di dalam skuad utama

Pemain yang kerap diturunkan pada tiga aksi berturut-turut jelas keletihan tapi mereka seolah-olah mengetepikan faktor itu sebaliknya keazaman untuk terus beraksi begitu tinggi dan saya tidak boleh menolak harapan mereka jika mereka mahu beraksi.

Kita akan berdepan pasukan yang berada di ranking pertama kelab Asia dan semestinya ia cukup mendebarkan kerana Kawasaki Frontale pasti mahu menebus kekecewaan apabila kita berjaya mengikat keputusan seri dan mereka akan tampil dengan corak permainan yang lebih agresif dan kita akan bersedia bagi menghalang mereka.

“Mereka juga memiliki pemain sayap kiri yang berb@haya iaitu pemain nombor 23 (Marcio Barbosa) dan dia kerap melakukan larian pantas dan bijak mengelirukan pertahanan kami dan komunikasi antara pemain pertahanan kami di sebelah kanan dan tengah harus seiring bagi mengelak kekeliruan yang mungkin membawa padah,” katanya.

Ditanya mengenai peranan pemain tengah Natxo Insa yang memainkan peranan penting mengemudi posisi itu dengan tenang tatkala sering mematahkan gerakan barisan pemain tengah anak didik Oniki, pengendali kelahiran Mexico itu menyifatkan Insa ibarat penolong jurulatih JDT apabila beraksi di padang.

Natxo walaupun sudah dianggap pemain veteran di dalam skuad JDT tapi berjiwa muda apabila tidak kenal erti letih malah dia merupakan nadi utama buat JDT malah dapat membaca rentak permainan dan tangkas membuat keputusan apabila berada dalam tekanan.

Sementara itu, penjaga gol JDT, Farizal Marlias berharap kekebalan tonggak pertahanan yang memperagakan aksi terbaik baru-baru ini akan diteruskan kerana keinginan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah begitu menebal.

Ada 90 minit perlawanan yang sengit bakal kami harungi dan saya berharap momentum corak permainan yang mantap ketika aksi pertama dikekalkan malah saya percaya rakan sepasukan sepakat untuk pamer aksi terbaik.

sumber:- HM

“Diri saya juga harus bersedia dengan corak permainan pasukan lawan yang mungkin akan melakukan rembatan bola dari luar kotak penalti selain perlu tangkas menghalang bola hantaran lintang dari posisi sayap kiri dan kanan,” kata Farizal.