Sukan

Kalau TMJ semua dengar, Kalau orang lain banyak alasan

Pengendali Sarawak United, B Sathianathan, percaya rungutannya tentang kualiti padang terbukti malam tadi walaupun sering ditohmah menggunakannya sebagai alasan.

Kualiti padang di Stadium MBPJ sebagai gelanggang rasmi Petaling Jaya (PJ) City menjadi titik tolak kepada kemenangan sulung mereka dalam Liga Super musim ini.

Biarpun tempang tanpa kelibat Uce Agba yang terc3dera selain Lee Chang-hoon yang baru pulih daripada C0VID-19, kekuatan wakil dari Borneo itu bergantung kepada pemain tempatan selain keberkesanan Francis Kone yang amat dinantikan.

“Hari ini kami dapat buat hantaran dengan baik kerana keadaan padang yang cantik.”Empat perlawanan di sana (Stadium Negeri Sarawak) memang susah. Kalau tidak hujan, (permukaan) menjadi keras tapi kalau hujan, lembut pula
.
Saya selalu katakan bahawa padang penting kerana boleh menaikkan keyakinan pemain. Tapi kadang-kadang orang kata Sathia gemar bagi alasan, tapi ini adalah realiti.

“Kalau TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) cakap semua dengar, kalau Sathia pula orang kata banyak alasan,” katanya.

Dalam pada itu, P Maniam hampa apabila barisan bimbingannnya gagal mempertahankan rentak kemenangan di tempat sendiri.

Ia ditambah dengan sasaran tanpa bolos yang tidak berlaku malah mereka melepaskan tiga jaringan untuk mengumpul 10 gol bolos setakat enam perlawanan ini.

“Sebenarnya kami beraksi baik, penguasaan kami lebih baik dan kami mencipta peluang untuk memburu gol.

“Tapi kami tidak gembira dengan gol yang dilepaskan, kami memberikan gol mudah yang tidak sepatutnya dilakukan di tahap Liga Super, ia kesilapan individu.

“Selepas beberapa pertukaran, kami dapat tampil lebih baik dalam separuh masa kedua dengan penguasaan, hantaran dan gol juga menjelma.

sumber:- SA

“Secara keseluruhannya cara kami bertahan tidak begitu bagus,” katanya pula.