Sukan

Peluang dua pasukan pamer taring sebenar

Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC menulis ‘skrip’ yang sama pada awal musim ini apabila masing-masing buntu meraih sebarang kemenangan dalam dua perlawanan awal.

Cuma plot Selangor tampak lebih menyakinkan kerana setidak-tidaknya mereka terikat dalam dua aksi terbabit berbanding skuad Penyu yang bermula di titik paling bawah selepas tumbang dalam kedua-dua perlawanan awal.

Selepas bermuram durja dalam dua perlawanan pertama, penyokong mereka akhirnya mendapat apa yang dimahukan – menyaksikan pasukan masing-masing merangkul kemenangan pertama musim ini.

Kemenangan sulung itu hadir pada aksi ketiga yang menyaksikan The Red Giants memb3lasah Kedah Darul Aman FC 4-1 sementara skuad TFC menundukkanSarawak United 2-0 sekalipun beraksi dengan 10 pemain selama lebih sejam.

Cuma persoalan yang berlegar-legar di ruang minda penyokong serta pemerhati bola sepak, sejauh mana kemenangan ini sememangnya menjadi kebangkitan yang sebenar-benarnya ataupun sekadar tuah yang mengiringi mereka pada aksi terbabit?

Jadi, pertembungan kedua-dua pasukan ini seharusnya menjadi medan terbaik untuk mereka membuktikan yang mereka benar-benar sudah kembali dan turut layak bergelar pencabar musim ini.

Mereka harus menunjukkan bahawa mereka sudah kembali ke landasan sebenar dan kemenangan pertama itu bukanlah bersandarkan aksi hebat secara ‘one-off’ semata mata tetapi kemudian kembali ‘lemau’.

Anda tidak boleh menjadi pencabar apatah lagi juara sekiranya berselang seli menang dan kalah – bukan begini gaya pasukan yang hendak berjaya. Konsist3nsi – itulah kata kunci paling utama untuk kedua-dua pasukan sekiranya mereka mahu menempah ‘gerabak kelas pertama’ dalam kereta api Liga Super.

Benar perjalanan liga masih jauh tetapi keciciran mata di awal musim bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditampung – tidak semudah seperti mengisi kembali air yang tumpah ke dalam balang kosong.

Ketinggalan pada ketika ini akan dirasai mereka pada penghujung musim nanti ketika mana mereka melihat di mana kedudukan hakiki mereka selepas 22 perlawanan.

Memasuki aksi ini, anak buah Michael Feichtenbeiner ada sedikit kelebihan memandangkan mereka berehat lebih seminggu dan berpeluang menyaksikan lawan mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT) berentap di Liga Juara Juara Asia (ACL).

Mereka juga tampak seakan sudah melupakan Ifedayo Olusegun memandangkan import baharu, Herlison Caion berada pada prestasi ‘berapi-api’ ketika ini dengan lima gol daripada tiga perlawanan.

Tidak berdepan masalah merobek gawang tiga pasukan yang dihadapi olehnya setakat ini, pertahanan TFC tidak boleh leka jika tidak mahu memasuki senarai l3dakan gol striker Brazil itu.

TFC pula dalam keadaan terhimpit apabila kehilangan penggempur berb!sa mereka, Kpah Sherman yang dilayangkan kad merah pada aksi sebelum ini. Jadi harapan besar akan digalas oleh Tchetche Kipre ataupun Jordan Mintah.

Selangor perlu berjaga-jaga dengan Mintah kerana striker dari Ghana itu berjaya menembusi gawang mereka sebanyak dua kali pada musim lalu – satu di Liga Super dan satu di Piala Malaysia.

sumber:- BH

Jadi apakah benar TFC dan Selangor sudahpun bangkit berdasarkan kemenangan sebelum ini, jawapannya ada di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.