Sukan

Kekal di puncak JDT sekali lagi kecewakan jaguh Asia

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menamatkan pusingan pertama dan kekal di tangga teratas Kumpulan I pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila seri 0-0 dengan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan JDT mengumpul tujuh mata dan berpeluang cerah untuk memburu slot ke pusingan kedua ACL dengan syarat perlu menang atau seri apabila men3ntang Kawasaki Frontale yang berada di kedudukan dua, selepas mengumpul lima mata, pada aksi kedua, Ahad ini.

Pada perlawanan itu, penjaga gol JDT, Farizal Marlias yang terlepas dua perlawanan lalu akibat kec3deraan kembali mengemudi gawang gol.

Pengendali skuad Harimau Selatan , Benjamin Mora masih mempertaruhkan kelibat Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri bagi menggempur benteng kelab dari Jepun itu.

Berstatus juara Liga 1 Jepun (J1 League) pada musim lalu, Kawasaki Frontale yang dibimbing Toru Oniki hampir mencipta jaringan pada minit kesembilan berpunca daripada kesilapan Shahrul Saad yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan b@haya dan Leandro Damiao Santos pantas merembat, tapi Farizal bersedia menyelamatkan bola.

S3rangan mengejut anak didik Oniki hampir menghasilkan jaringan pada minit ke-26, namun bola rembatan deras Daiya Tono yang menerima bola umpanan Marcio Barbosa sekadar melepasi palang gol.

JDT turut memberi anc@man terhadap benteng kelab dari Jepun itu pada minit le-39 apabila tonggak pertahanan, Shahrul Saad memberanikan diri untuk mer3mbat bola dari jarak 35 meter memaksa penjaga gol, Jung Sung-ryong merebahkan badan menepis bola dan kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, pergerakan JDT masih terbatas untuk merencana gerakan berb@haya apabila Arif Aiman Hanapi yang kerap melakukan larian pantas di posisi sayap kanan sering dikawal ketat dua pemain Kawasaki Frontale.

JDT nyaris dibolosi pada minit ke-73 selepas bola r3mbatan leret Asahi Sasaki dari jarak 25 meter hampir memerangkap Farizal, tetapi tiang gol kiri menjadi penyelamat dan kedudukan kekal hingga wisel penamat.

Sementara itu, Ulsan Hyundai melakar kemenangan pertama selepas menewaskan Guangzhou FC, 3-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, petang tadi.

sumber:- HM

Skuad kendalian Hong Myung-bo membuka tirai jaringan pada babak pertama menerusi Mark Koszta pada minit ke-28 manakala pada babak kedua Park Chu-young mel3dak gol pada minit ke-57 disusuli jaringan Yun Il-lok untuk memastikan kemenangan buat kelab dari Korea Selatan itu.