Sukan

Selangor FC sah lepas lapan pemain 29 April

Selangor FC mengesahkan hanya akan melepaskan baki lapan lagi pemain ke latihan pusat skuad bawah 23 (B-23) negara pada 30 April ini sebaik berakhirnya aksi Liga Super men3ntang Sri Pahang FC pada 29 April.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, persetujuan tarikh pelepasan itu sudah lama dipersetujui bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengendali B-23, Brad Maloney.

Justeru, tidak timbul isu menghalang pemain untuk menjalani latihan pusat kebangsaan, di mana ia sebenarnya sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Kita dah berbincang sejak dua bulan lalu dengan FAM mengenai perkara ini, dan masing-masing bersetuju untuk Selangor lepaskan selepas 29 April ini.

Lapan pemain yang belum melaporkan diri itu adalah dari skuad Liga Super, jadi agak sukar untuk kita melepaskan mereka ketika liga pun sedang berjalan.

Tapi untuk tiga pemain dari Selangor II dalam Liga Perdana kita dah lepaskan bagi membolehkan mereka menyertai pasukan negara lebih awal.

“Malah dalam kenyataan pengumuman senarai nama oleh FAM pun ada menyatakan pemain akan sertai segera berperingkat selepas selesai komitmen dengan kelab,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, dalam sesi latihan hari pertama malam tadi menyaksikan hanya lima pemain daripada 31 tonggak yang disenaraikan melaporkan diri sekali gus memberi tamparan hebat buat Maloney dalam usaha mempersiapkan pasukan bagi menghadapi temasya Sukan Sea di Vietnam dari 7 Mei ini.

Lima pemain berkenaan adalah penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim dan Muhammad Faiz Amer Runnizar daripada pasukan Selangor II, selain masing-masing satu daripada JDT II dan Kuala Lumpur City FC (KL City) iaitu Muhammad Shafi Azswad Sapari serta Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Berdasarkan senarai pemain, tonggak dari Selangor dan Terengganu FC adalah paling ramai dengan skuad Merah Kuning sebanyak 11 pemain sementara skuad Penyu dengan sembilan tonggak.

Selebihnya empat dari JDT II, dua pemain KL City, masing-masing satu dari Negeri Sembilan FC, Kedah dan Skuad Projek FAM-MSN selain dua tonggak yang berpengkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk) dan Hadi Fayyadh Abdul Razak (Azul Claro).

Pemain yang kita akan lepaskan itu nanti akan terus kekal bersama skuad negara hingga Piala Asia di Uzbekistan pada bulan Jun nanti.
sumber:- HM

“Jadi kita sedia lepaskan mereka untuk tempoh yang lama dari Sukan Sea hingga Piala Asia dengan skuad negara kerana kita memang sentiasa komited untuk membantu skuad negara,” tambah Johan.