Sukan

Komen Pengendali Kawasaki Frontale menjelang perlawanan dengan JDT

Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki tetap menghormati Johor Darul Ta’zim (JDT) tapi tidak akan membuat perubahan ketara apabila berdepan skuad bimbingan Benjamin Mora pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Oniki berkata, barisan pemainnya akan beraksi seperti biasa dan tidak akan mengubah corak permainan walaupun berdepan JDT yang mampu menjinakkan Ulsan Hyundai 2-1 kerana mahu memberi fokus taktikal yang dirancang.

Beliau juga tidak menafikan kualiti dua tonggak s3rangan JDT, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri yang mampu mengundang b@haya pada benteng Kawasaki Frontale malah akan memberi tumpuan bagi memastikan kedua-dua pemain itu tidak mengg@nas.

Bukan sahaja pemain nombor 9 (Bergson) dan nombor 45 (Forestieri) yang berb@haya tapi pemain tengah JDT juga harus diawasi kerana mereka menjadi perancang utama untuk dua striker JDT itu melakukan s3rangan berb@haya.

Apapun kami akui terpaksa berdepan kesukaran mengenai faktor cuaca yang menjejaskan rentak permainan namun tidak boleh terlalu memikirkannya kerana kami harus harungi apa jua cabaran malah saya meletakkan sasaran kemenangan ke atas JDT.

“Selepas mengkaji corak permainan JDT, mereka gemar dengan corak meny3rang dan pengawalan bola tersusun dan pemain saya tidak boleh terlalu selesa sebaliknya harus bersedia dengan apa sahaja ancaman pasukan itu,” katanya.

sumber:- HM

Sementara itu, tonggak pertahanan Asahi Sasaki, berkata, setiap gerakan berb@haya JDT harus dipatahkan dan mengelak daripada melakukan kesilapan kerana pasukan itu bijak mengambil kesempatan untuk menghukum dengan jaringan.