Sukan

Brad Maloney tetap tenang hadap sekuad ‘rongak’

Sekali pun tersentak selepas hanya lima pemain yang muncul pada hari pertama latihan skuad bawah 23 negara (B-23), pengendalinya, Brad Maloney tetap tenang menghadapi situasi skuad yang ‘rongak’ itu.

Ini kerana jurulatih dari Australia itu percaya dia akan mendapat semua 31 pemain yang sudah disenaraikan untuk mengharungi temasya Sukan SEA di Vietnam dan optimis perancangannya tidak terjejas dengan kekangan yang melanda pasukannya ketika ini.

Ini bukanlah satu situasi yang ideal tetapi kami diberi jaminan bahawa semua pemain yang berada dalam panggilan akan melapor diri pada penghujung bulan ini.

Jadi kita akan memiliki skuad lengkap untuk memilih senarai akhir 20 pemain yang akan dibawa untuk ke Sukan SEA nanti.

“Kita akan kekal fokus untuk kejohanan dan profesional dalam persiapan dan selepas kami memiliki skuad lengkap, kita ada beberapa hari untuk menyediakan pemain sebelum bertolak ke Hanoi,” kata Maloney.

Sebagai rekod, lima pemain yang menghadiri sesi latihan pertama di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Shafi Azswad Sapari dan Muhammad Haqimi Azim Rosli

Pada temasya di Vietnam itu, skuad negara diundi dalam Kumpulan B bersama pemenang pingat emas sebanyak 16 kali, Thailand; Kemboja, Singapura dan Laos.

Dalam masa sama, Maloney juga melihat faktor kecergasan tidak seharusnya menjadi masalah memandangkan sebahagian pemain sudah mendapat minit permainan bersama pasukan masing masing.

sumber:- BH

“Antara sebab beberapa pemain belum lagi melapor diri adalah kerana mereka adalah pemain utama bersama pasukan masing masing, jadi selagi mereka terus berlatih bermain selama 90 minit, kecergasan bukanlah satu isu,” katanya.