Sukan

Beliau lah individu yang beri saya semangat

Tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad jelas teruja apabila tugasnya mengemudi benteng bersama rakan sepasukan Shane Lowry berjaya membantu skuad Harimau Selatan melakar kejutan apabila menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Malah, bekas pemain Perak FC itu yang diberi kepercayaan oleh pengendali JDT, Benjamin Mora mengakui dirinya agak gementar kerana tidak beraksi dalam empat perlawanan Liga Super tetapi pada pentas ACL ditugaskan mengemudi benteng pertahanan.

Agak gementar juga apabila diturunkan pada aksi pertama men3ntang Guangzhou FC tapi Shane kerap memberi kata-kata semangat selain rakan sepasukan juga membantu memberi perangsang supaya saya beraksi konsist3n dan Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.

Beraksi dalam saingan ACL adalah pentas yang terbaik walaupun dalam saingan liga tempatan saya tidak banyak diturunkan tapi itu bukan halangan untuk memperaga corak permainan mantap bagi memastikan benteng tidak mudah dibolosi.

“Aksi men3ntang Ulsan Hyundai cukup sengit dan sukar kerana kita tahu mereka adalah pasukan terbaik di Korea Selatan dan kemenangan yang digapai malam tadi sememangnya amat berharga kerana bukan mudah untuk tewaskan kelab yang memilik reputasi tinggi di rantau Asia,” katanya.

Ditanya mengenai situasi apabila Ulsan Hyundai berjaya menyamakan kedudukan 1-1, pemain kebangsaan itu tampak enggan mengalah sebaliknya berkeyakinan JDT mampu mencipta kejutan untuk memburu kemenangan.

Katanya, walaupun dibolosi, pemain JDT kekal tenang dan bersikap positif untuk terus memberi tekanan terhadap Ulsan Hyundai dan apabila berpeluang menjaringkan gol ternyata Bergson (Da Silva) tidak mensia-siakannya untuk pastikan kemenangan memihak JDT.

sumber:- BH

“Kemenangan yang kami raih pada perlawanan itu hasil daripada komitmen tinggi setiap pemain tidak kira pemain utama dan simpanan apabila kami bersatu hati sebagai satu keluarga besar yang mengamalkan pendirian menang sorak bersama dan tewas bersama,” kata Shahrul.