Sukan

Pengadil buat hal lagi

Pengurus Terengganu FC (TFC), Mohd Fadhil Wahab berang dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada penyerang utama TFC, Kpah Sherman pada aksi Liga Super men3ntang Sarawak United FC (SUFC) di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Beliau menyifatkan keputusan pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli itu tidak sepatutnya berlaku kerana kesalahan yang dilakukan striker kebangsaan Liberia itu tidak disengajakan.

Kita tidak menyangka pemain itu, (Sherman) dilayangkan kad merah ketika menentang Sarawak United FC. Kami memang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil kerana Sherman bukan sengaja melakukan kekasaran terhadap pemain lawan sehingga menyebabkan TFC beraksi dengan sepuluh pemain bermula babak pertama lagi.

“Apa-apapun kita terima keputusan itu dan pada masa yang sama kami mengharapkan pengadil perlu melihat sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang keputusan terutama membabitkan layangan kad merah kerana ia sudah pasti boleh menjejaskan pasukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perlawanan yang memihak kepada TFC dengan kemenangan 2-0, Sherman diperintahkan keluar padang pada minit ke-33 susulan tindakannya mengangkat kaki terlalu tinggi ketika berebut bola dengan Gonzalo Soto.

Terdahulu pada minit kelapan, Sherman mel3dak gol pertama pasukannya sebelum jaringan kedua dihasilkan pada penghujung perlawanan menerusi pemain tengah meningkat naik, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle.

Mengulas kemenangan pertama itu, Mohd Fadhil menjelaskan kejayaan itu mampu membakar semangat para pemain untuk mengharungi perlawanan yang seterusnya.

Kemenangan yang begitu berharga dan peniup semangat selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini, tahniah dan syabas semua pemain yang bekerja keras dan menunjukkan semangat yang kental walaupun terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain.

sumber:- HM

“Semoga kemenangan itu bakal menjadi pencetus semangat terutama menghadapi Selangor di gelanggang sendiri pada Jumaat ini,” katanya.