Sukan

JDT II ‘cucuk’ Kelantan FC

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengekori rapat pendahulu, Kelantan FC selepas berjaya menewaskan Kuching City FC 3-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi.

Walaupun skuad bimbingan Raul Mariano mengumpul 12 mata dan menyamai pungutan mata skuad The Red Warri0rs tapi masih kekal di tangga kedua tatkala perbezaan jaringan yang memisahkan kedua-dua pasukan itu.

Tuan rumah melakukan percubaan awal pada minit kesembilan menerusi bola rembatan Daryl Sham K George di luar kotak penalti tapi penjaga gol pelawat, Wan Muhammad Azraie Wan Teh sempat merebahkan badan untuk menangkap kemas.

Gerakan yang dimulakan Umar Hakeem Suhari Rezwan di posisi sayap kiri pada minit ke-18 dan bertindak melintang bola tepat kepada kapten Fernando Rodriguez yang menanduk bola menewaskan Wan Muhammad Azraie untuk meletak tuan rumah mendahului 1-0.

Tersentak dengan jaringan itu, anak didik Irfan Bakti Abu Salim mula menggandakan asakan dalam usaha memburu gol penyamaan tapi benteng yang diterajui Adam Nor Azlin dan Feroz Baharuddin beraksi tenang mematahkan s3rangan yang dilakukan Abu Kamara.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus menekan benteng pelawat dan hampir menambah jaringan pada minit ke-51 apabila bola umpanan Beinvenido Maranon membuka ruang buat Daryl Sham merembat bola leret tapi Wan Muhammad Azraie pantas merebahkan untuk menangkap bola.

Berpunca daripada bola sepakan percuma Maranon pada minit ke-53 menyaksikan Adam pantas menyusup masuk dicelah benteng pelawat sebelum menanduk bola menewaskan Wan Muhammad Azraie untuk meletak kedudukan 2-0 memihak JDT II.

Namun skuad yang bergelar The Cats berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-60 selepas bola sepakan percuma Mohamad Alif Hassan dari jarak 30 meter melencong masuk ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol, T Shaheeswaran.

sumber:- HM

Moussa Sidibe mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-67 apabila mudah memperdayakan Wan Muhammad Azraie dengan menyepak bola ke gawang yang terbuka luas selepas menerima bola umpanan Maranon untuk meletak tuan rumah selesa mendahului 3-1 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.