Sukan

Tabik buat Morales

Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak mengakui merindui sentuhan ayam tambatannya, Romel Morales yang kembali menemui sentuhan berb!sanya.

Jelas Hodak, Morales yang tidak dapat diturunkan dalam beberapa aksi awal Liga Super musim ini ekoran baru pulih daripada kec3deraan akan kembali mengetuai jentera s3rangan pasukan itu.

Katanya, ketiadaan pemain kelahiran Colombia itu dalam aksi sebelum ini amat dirasai dan kini ‘pend3ritaan’ itu sudah berakhir.

Dia (Morales) kembali perlahan-lahan, di mana kami kehilangan dia dalam dua hingga tiga aksi awal sebelum ini dan saya fikir apabila anda ketiadaan peny3rang, sudah tentu kita akan merinduinya.

Kita boleh lihat apabila dia kembali, dia masih mampu menjaringkan gol walaupun tidak berada pada tahap terbaik.

“Paling penting dia mencipta peluang dan dalam aksi men3ntang Melaka (United) sebelum ini pun, dia ada tiga peluang terhidang…saya harap dia terus menyinar,” katanya dalam sidang media selepas aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras itu.

Dalam aksi itu, KL City meraih kemenangan 2-0 ke atas Sabah FC dengan Morales menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-35 dan 87.

Sabah pasukan yang kuat tapi pemain kami beraksi dengan baik. Malam ini pemain ada beberapa peluang dan lawan juga ada peluang.

sumber:- HM

“Tapi Kevin (Ray Mendoza) banyak menyelamatkan pasukan dan sebab itu kita menandatanganinya. Secara keseluruhan kita banyak peluang dan kita layak untuk menang,” katanya.