Sukan

Sama-sama doakan Faiz Nasir

Keadaan kesihatan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Nasir stabil selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini, sesudah mengadu tidak sihat badan dan mvntah.

Bagaimanapun, keputusan untuk mengetahui punca sebenar mengenai status kesihatan pemain itu belum dapat dipastikan kerana masih menunggu rawatan lebih lanjut sebelum dapat disahkan.

Pengurus TFC, Mohd Fadhil Wahab berkata, setakat ini pihak hospital belum dapat memberi maklumat lanjut mengenai keadaan terkini pemain itu.

Kita belum dapat pengesahan terkini mengenai keadaan kesihatan pemain itu daripada pihak hospital, mungkin dalam masa terdekat kita akan tahu selepas pakar membuat pemeriksaan terperinci.

“Bagaimanapun kita harapkan pemain itu kembali sembuh selain mohon doa daripada semua peminat setia bola sepak,” katanya ketika dihubungi.

Pada 3 pagi hari ini, pemain kelahiran Kelantan itu dikejarkan ke HSNZ selepas mengadu tidak sihat badan sebelum mvntah di kediamannya.

Bagaimanapun, belum dipastikan punca sebenar pemain itu mvntah kerana pakar akan melakukan rawatan lanjut bagi mengesah status kesihatan pemain itu.

Malam tadi, pemain yang baru pulih daripada demam lebih seminggu itu kembali menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai persediaan menghadapi perlawanan ketiga Liga Super menentang Sarawak United FC di Stadium Negeri, Kuching, malam esok.

Berikutan keadaan terkini itu, pemain lincah berusia 29 tahun yang digelar ‘Messi Terengganu’ itu terpaksa melupakan hasrat untuk membuat penampilan pertama bersama skuad Penyu musim ini.

sumber:- HM

Status kesihatan pemain itu tular di media sosial, hari ini selepas dimuatnaik di Instagram seorang wanita yang mendoakan kesembuhan pemain itu.