Sukan

Penang FC akan kejutkan Kedah

Skuad Penang FC bersedia memberi t3ntangan sengit apabila menanti Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, malam ini.

Jurulatih Kecergasan Penang FC, Sam Pakiaraj berkata, mereka yakin kelebihan beraksi di laman sendiri akan dimanfaatkan sebaiknya untuk menundukkan skuad Sang Kenari.

Kami sedar KDA FC datang dengan semangat berkobar-kobar selepas kekalahan dengan margin besar 1-4 kepada Selangor FC minggu lalu.

“Tetapi harapan kami untuk menang amat tinggi dengan semua pemain menunjukkan kesungguhan begitu baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut memuji anak buahnya yang sanggup mengambil inisiatif sendiri melakukan latihan tambahan termasuk berlatih kira-kira sejam sebelum waktu berbuka puasa untuk memantapkan prestasi fizikal selain menghadiri latihan wajib pada sebelah malam.

Menurutnya, perubahan corak tidur dan pemakanan pada bulan Ramadan bukanlah suatu cabaran besar dan situasi itu turut dihadapi semua pasukan.

Program latihan menjelang perlawanan diubah suai serta lebih tertumpu kepada mengelakkan kecederaan dan mempersiapkan otot pemain sebelum bertemu lawan.

“Secara keseluruhan tahap kecergasan skuad Harimau Kumbang berada pada skala tujuh hingga lapan memandangkan beberapa pemain pernah dijangk!ti C0vid-19 sebelum ini.

sumber:- HM

“Begitupun kami optimis dengan semua pemain menunjukkan semangat juang tinggi dalam misi mengutip tiga mata penuh esok,” katanya.