Sukan

Komen TMJ selepas JDT rekod kemenangan besar di ACL

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melihat kejayaan pasukannya membenam kelab China, Guangzhou FC dengan jaringan besar sebagai permulaan baik untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Namun, Tunku Ismail menerusi laman Instagram memaklumkan kemenangan itu bukanlah tiket untuk pemain bersenang lenang selepas ini kerana cabaran lebih besar bakal menanti mereka pada perlawanan akan datang.

Permulaan yang baik untuk kami dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL). Cabaran yang lebih hebat menanti, tetapi walau apa pun ia adalah permulaan yang baik.

“Terima kasih kepada para penyokong atas sokongan anda,” katanya.

Terdahulu, JDT melaungkan amaran apabila memb3lasah Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I saingan ACL di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad bimbingan Benjamin Mora mendahului Kumpulan I selepas aksi Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale berkesudahan seri 1-1.

JDT menguasai permainan sebaik babak pertama bermula dan striker, Bergson Da Silva menjaringkan hatrik.

Dua gol lagi menerusi jaringan sendiri penjaga gol Guangzhou FC, He Lipan pada minit ke-13 berpunca daripada bola rembatan deras Fernando Forestieri dan pemain gantian Ramadhan Saifullah menjaringkan gol pada minit ke-81 untuk melegkapkan kemenangan skuad Harimau Selatan.

sumber:- HM

Perjuangan JDT akan diteruskan pada Isnin ini apabila juara lapan kali Liga Super itu akan men3ntang Ulsan Hyundai dari Korea Selatan pada jam 10 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.