Sukan

Kim Pan-gon ambil kesempatan bertemu sendiri

Kec3deraan yang dialami penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias jelas menimbulkan kebimbangan ramai pihak termasuklah barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Nasib malang yang menimpa Farizal itu turut mendapat perhatian ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon apabila beliau hadir ke rumah pemain berkenaan untuk bertanyakan khabar.

Turut sama mengiringi Pan-gon adalah penolong jurulatih, E Elavarasan dan jurulatih penjaga gol Cho Junho.

Mereka hadir ke Johor bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Guangzhou FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi dan mengambil kesempatan itu untuk turut bertemu sendiri dengan Farizal bagi melihat keadaan terkini pemain itu.

“Saya berharap Farizal akan cepat sembuh dan dapat kembali turun beraksi seperti biasa bersama pasukan Johor Darul Ta’zim dan seterusnya bersama skuad Harimau Malaya pada perlawanan yang akan datang,” kata Pan-gon.

Sebelum ini, Farizal mengalami kec3deraan di kepala selepas bert3mbung dengan pemain pertahanan, Shane Lowry ketika mahu menghalang gerakan serangan yang dilakukan Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, 10 April lalu.

Akibat pert3mbungan itu, Farizal tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital berdekatan bagi membolehkan penjaga gol itu mendapatkan rawatan.

sumber:- H3

Dalam aksi itu, JDT berjaya mengekalkan rekod bersih dalam empat aksi Liga Super setakat ini apabila menewaskan Terengganu FC yang menyaksikan Bergson meledak kedua-dua gol itu, sementara Kpah Sherman meraih gol saguhati buat pelawat.