Sukan

Pasukan pilihan sudah ditewaskan, momentum perlu diteruskan

Selepas membenam pasukan pilihan, Terengganu FC (TFC), skuad Petaling Jaya (PJ) City FC diarah meneruskan aksi terbaik ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC), dalam pert3mbungan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Pengurus pasukan, K Rajendran berkata, hubungan ‘kekeluargaan’ antara kedua-dua pasukan susulan beberapa pemain PJ City yang kini beraksi bersama Negeri Sembilan selain ketua jurulatih, K Devan yang pernah membimbing pasukan itu sebelum ini, perlu dilupakan.

Mungkin ada melihat strategi dan persembahan kedua-dua pasukan tidak jauh beza kerana Devan adalah pembimbing pasukan kami sebelum ini manakala beberapa pemain Negeri Sembilan antaranya penjaga gol, Syihan Hazmi, adalah bekas pemain kami.

Antara kedua-dua pasukan mungkin sudah tahu kekuatan masing-masing misalnya Syihan, saya lihat dia berada dalam prestasi terbaik dan dia banyak tahu tentang kekuatan kami kerana dia bekas pemain kami dan akan mungkin memberi kesukaran kepada penyerang PJ City.

“Namun, saya sudah jumpa pemain semalam dan ingatkan mereka betapa perlu terus bekerja keras dan kekalkan persembahan terbaik dengan harapan momentum kemenangan pasukan dapat dikekalkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rajendran akui puas hati dengan persiapan apabila mendapati semua pemain amat komited untuk meneruskan kecemerlangan pasukan di Paroi, esok.

Menurutnya, skuad bimbingan P Maniam itu akan turun dengan kesebelasan terbaik biarpun masih tidak dapat menggunakan khidmat kapten pasukan, K Gurusamy yang belum pulih sepenuhnya daripada kec3deraan.

Katanya, striker kebangsaan, Darren Lok yang mencipta hatrik ketika membenam TFC baru-baru ini, bakal bergandingan dengan Mahali Jasuli dan S Kumaahran bagi mengemudi jentera s3rangan pasukan itu.

sumber:- HM

PJ City yang mempertaruhkan pemain tempatan 100 peratus kini menduduki tangga ke empat carta Liga Super dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan satu tewas.