Sukan

Sri Pahang pasukan paling malang

Sri Pahang FC berharap tidak lagi menjadi ‘mangsa’ kelemahan pengadil apabila turun melayan kunjungan Melaka United di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Pengendalinya, Christophe Gamel berkata, dia mahu pemain melupakan keputusan pahit dalam dua aksi terdahulu dengan memperagakan prestasi lebih baik sekali gus melakar kemenangan pertama.

Fokus utama ialah untuk memanfaatkan setiap peluang membolosi gawang lawan untuk meningkatkan semangat semua pemain.

“Walaupun dua perlawanan sebelum ini memberi kesan, saya harap pemain akan beraksi dengan lebih bagus,” kata jurulatih berasal dari Perancis itu.

Justeru, jurulatih berusia 50 tahun itu berkata, anak buahnya diminta melakukan perancangan seperti yang dilakukan ketika latihan.

sumber:- BH

Dalam dua aksi sebelum ini, skuad Tok Gajah dinafikan kemenangan oleh pengadil selepas tewas 1-0 kepada Kedah dan seri 1-1 berdepan PJ City FC.