Sukan

Saya nasihati diri dan pasukan agar tidak berulang

Penjaga gol Terengganu FC II (TFC II), Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin tekad tampil lebih bertenaga menentang Kelantan United FC (KUFC) dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Selepas kecewa pintu golnya dibolosi pemain PDRM FC, Ahad lalu, penjaga gol skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) itu menuntut rakan sepasukannya supaya lebih fokus dengan memperagakan aksi sebenar pada perlawanan ketiga itu, bagi memburu tiga mata.

Sudah pasti kami tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam kemenangan, lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri biarpun sedar skuad lawan liat untuk ditewaskan.

Justeru pesanan saya kepada diri dan rakan sepasukan agar lebih bersedia dan fokus sepanjang 90 minit bagi memastikan kita tidak keciciran mata buat kali kedua berturut-turut.

“Saya harapkan peminat setia dapat memenuhi stadium selepas selesai menunaikan solat tarawih bagi menyvntik semangat kami ketika beraksi pada bulan Ramadan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas pertemuan dengan PDRM FC tempoh hari, pemain berketinggian 1.80 meter kelahiran Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus itu akui begitu hampa selepas tumpas 1-2 biarpun mendahului sehingga minit ke-73.

“Hilang fokus terutama pada 20 minit terakhir selain terlalu banyak membuka ruang kepada lawan menyaksikan kami terpaksa ‘berputih mata’ walaupun pada awalnya skuad The Corps gagal men3mbusi pertahanan.

sumber:- HM

“Jadi saya menasihati diri dan rakan sepasukan agar situasi sama tidak lagi berulang, sebaliknya perlu bangkit untuk melakar kemenangan kedua selepas menang ke atas Perak FC 3-0 pada aksi pertama,” katanya.