Sukan

Selangor FC bangkit bedal Kedah Darul Aman FC

Selepas seri dua kali dalam dua aksi awal saingan Liga Super musim ini, Selangor FC akhirnya membuktikan kemampuan sebenar apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, sebentar tadi.

Kejayaan tiga mata penuh itu pastinya melegakan penyokong skuad Red Giants yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan aksi longlai pasukan apabila sekadar meraih dua mata selepas seri 3-3 dengan Kuala Lumpur City FC dan 2-2 dengan Negeri Sembilan FC.

Dalam aksi itu, skuad Merah Kuning kendalian Michael Feichtenbeiner jelas mendominasi aksi dengan kerap melakukan percubaan berbahaya ke kubu pelawat.

Tonggak import dari Brazil, Herlison Caion hampir meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-20 namun r3mbatan leretnya sedikit tersasar.

Gol yang diburu akhirnya tercipta di minit ke-26 menerusi Mukhairi Ajmal yang melepaskan rembatan di luar kotak penalti selepas menerima hantaran Alexander Agyarkwa di depan kubu lawan.

Jaringan itu nyata menyemarakkan lagi semangat pemain tuan rumah yang terus menekan benteng pertahanan Kedah dan kali ini Caion tidak mensia-siakan peluang apabila menambah gol kedua di minit ke-34.

Skrip sama dipamerkan pemain tuan rumah di babak kedua dengan jentera s3rangan skuad Hijau Kuning dilihat sukar men3mbusi benteng pertahanan Selangor.

Sebaliknya skuad Red Giants hampir menambah gol ketiga di minit ke-70 tetapi percubaan tonggak import dari Myanmar, Hein Htet Aung berjaya dihalang penjaga gol Kedah, Muhamad Ilham Amirullah Razali.

Begitupun kealpaan tonggak pertahanan Jang Sukwon berjaya disudahkan pemain gantian, Nor Hakim Hassan untuk menambah gol ketiga tuan rumah di minit ke-84.

sumber:- HM

Caion sekali lagi membuktikan ketajamannya apabila mel3dak gol keempat dua minit kemudian sebelum pelawat meraih gol saguhati di hujung permainan menerusi Fayadh Zulkifli, sekaligus memastikan Selangor merakam kemenangan pertama musim ini.